Thursday, February 11, 2010


Perhitungan akhir TNB, Sapura


ABDULLAH (dua dari kiri) dan Ismail memegang Piala TNB 2009/10 di Kelab Kilat, Kuala Lumpur semalam.


TENAGA Nasional Berhad (TNB) dan Sapura berpeluang menamatkan kemarau trofi masing-masing apabila turun merebut gelaran Kejohanan Hoki Piala TNB 2009/10 di Stadium Tun Razak, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Setelah terlepas gelaran Liga Hoki Malaysia (MHL), kedua-dua kelab itu sudah pasti mahu menebus- nya dengan gelaran juara yang menjanjikan habuan RM60,000.
Bagi TNB, biarpun dilihat pasu- kan pilihan untuk muncul juara, mereka tetap berhati-hati ke atas Sapura terutama selepas pasukan itu membuat kejutan menyingkirkan juara MHL, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada aksi separuh akhir.
"Kami tidak mahu terlalu yakin dalam pertemuan ini kerana kami sedar perlawanan dalam kejohanan kalah mati adalah berbeza da- ripada perlawanan liga," kata pengurus TNB, Ismail Abd Rahman pada sidang akhbar perlawanan akhir Piala TNB di Kelab Kilat semalam.
"Sapura mempunyai pemain yang bagus, terutamanya S. Kuhan dalam pukulan sudut penalti tetapi kami juga memiliki Muhd. Amin (Rahim) yang juga hebat dalam set piece tersebut.
"Jadi bagi saya, peluang untuk kedua pasukan ini muncul juara adalah sama rata. Cuma pasukan yang berjaya menggunakan kelebi- han mereka dengan baik lebih berpeluang memenangi perlawanan ini," katanya lagi.
Untuk rekod, kali terakhir TNB memenangi gelaran keseluruhan MHL ialah pada 2007 manakala Sapura pula menjuarainya bagi edisi 2006.
Pertemuan hari ini juga dilihat sebagai ulangan final 2003 yang menyaksikan Sapura tewas 2-3 kepada TNB.
"Keyakinan masih menebal dalam pasukan ini untuk muncul juara dalam Piala TNB, namun semuanya bergantung kepada suasana dan mental pemain esok (hari ini)," kata pengurus Sapura, Abdullah Yunus.
"Begitupun saya lihat semangat dan motivasi pemain semakin bagus terutamanya setelah kami menyingkirkan KLHC di separuh akhir.
"Saya tidak tahu sama ada kami mampu mengulanginya lagi atau tidak tetapi yang pasti kami tetap memberi tentangan sehingga ke wisel penamat bagi mencapai hajat kami menjulang Piala TNB ini selepas kecundang pada tahun lepas," ujar Abdullah lagi.
Sementara itu, KLHC dan Maybank pula akan berentap bagi merebut tempat ketiga dan keempat hari ini.
Jurulatih Maybank, S. Velappan memberitahu, dia menjangkakan satu persaingan yang sengit daripada KLHC yang terluka selepas gagal dalam kempen ini.

0 comments: